counter

Wednesday, September 18, 2019

NASI MINYAK & AYAM PERAP AIRFRYER




Hai semua.. hari ni bro masak nasi minyak guna beras basmati dengan ayam perap airfryer....

Ayam perap:
Rebus ayam separuh masak

Bahan-bahan :
1 Kiub ayam maggi
1 Kiub tomyum maggi
Sos tiram 1 sudu besar
Serbuk kari daging
2 sudu Minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Gaulkan semua bahan2 diatas secukup rasa... salutkan pada yam yang dah siap di rebus tadi..dan bakar..

Suhu 160°c 25 minit dan alihkan tambah 10 minit... isi masak di dalam dan kulit juicy...





-------------------------------------------------------------

Nasi Minyak :

Guna rice cooker sahaja

Minyak sapi
Buah pelaga
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Halia
Garam gula secukup rasa

Tumiskan semua bahan2 diatas... masukkan air rebusan ayam tadi...masukkan garam gula secukup rasa dan biarkan mendidih...dah mendidih baru masukkan beras... dan tunggu sehingga masak...🤗🤗

(Air dan beras ikut kuantiti masing2 nak masak byk mana)...



Siap dan sedia dihidangkan...

No comments:

Post a Comment