counter

Saturday, December 28, 2019

BUTTERMILK CHICKEN WITH HERBS


BUTTERMILK CHICKEN WITH HERBS

Butter 50g- 100g
Susu pekat 150ml
Serbuk kunyit 1 sudu
Serbuk lada hitam 1 sudu
Serbuk mix herbs 1- 2 sudu
Garam secukup rasa..
Sedikit air panas

Gaulkan semua bahan2 diatas... gaulkan bersama ayam dan perap seketika..

Perapan yang lebih dipanaskan dan masukkan lemon..jadikan kuah..

Bakar dengan airfryer suhu 180°c 25 minit..tambah perapan setiap 5 minit sehingga masak...πŸ€—πŸ€—

Siapp...πŸ˜‹πŸ˜‹







AYAM MADU BLACKPEPPER AIFRYER



Ayam Madu Blackpepper

Ayam 2 ketul
3 sudu besar Madu
1 sudu besar Serbuk blackpepper
1 sudu Serbuk kunyit/2 sudu besar serbuk kari daging
Garam/gula secukup rasa
2 sudu minyak masak

Gaulkan semua bahan2 diatas dan bakar

Suhu 180°c 25 minit




Sunday, September 22, 2019

SATAY AIRFRYER



 Resipi satay

 Isi ayam 1/2kg (dipotong dadu)
Gula ikut citarasa masing2
2 ulas bwg besar
1/2 labu bwg putih
Serai 1 batang
Halia/ lengkuas 3 inci
1 camca serbuk jintan manis
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Blend semua bahan2 diatas...gaulkan perapan dgn isi ayam dan cucuk ikut selera masing2..





 BAKAR SUHU 180°C 25 MINIT

Wednesday, September 18, 2019

NASI MINYAK & AYAM PERAP AIRFRYER




Hai semua.. hari ni bro masak nasi minyak guna beras basmati dengan ayam perap airfryer....

Ayam perap:
Rebus ayam separuh masak

Bahan-bahan :
1 Kiub ayam maggi
1 Kiub tomyum maggi
Sos tiram 1 sudu besar
Serbuk kari daging
2 sudu Minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Gaulkan semua bahan2 diatas secukup rasa... salutkan pada yam yang dah siap di rebus tadi..dan bakar..

Suhu 160°c 25 minit dan alihkan tambah 10 minit... isi masak di dalam dan kulit juicy...





-------------------------------------------------------------

Nasi Minyak :

Guna rice cooker sahaja

Minyak sapi
Buah pelaga
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Halia
Garam gula secukup rasa

Tumiskan semua bahan2 diatas... masukkan air rebusan ayam tadi...masukkan garam gula secukup rasa dan biarkan mendidih...dah mendidih baru masukkan beras... dan tunggu sehingga masak...πŸ€—πŸ€—

(Air dan beras ikut kuantiti masing2 nak masak byk mana)...



Siap dan sedia dihidangkan...

Tuesday, February 26, 2019

10 Nasihat Luqman Al Hakim Pada Anak Yang Boleh Jadi Sebagai Pengajaran



Nasihat Luqman Al Hakim keapada anaknya adalah antara tips dan petua parenting yang boleh diikuti. Luqman Al Hakim merupakan seorang yang terkenal dengan kebijaksanaannya, malah dalam kitab suci Al-Quran terdapat sebuah surah yang bernama Surah Luqman yang menceritakan kisah beliau dan nasihat-nasihat yang diberikan kepada anak lelakinya.

Terdapat 10 nasihat Luqman Al Hakim pada anak yang boleh jadikan sebagai pengajaran iaitu:

 1. Jangan menyekutukan Allah Pesanan pertama Luqman Al Hakim kepada anaknya ialah supaya mengesakan Allah dan tidak menyekutukan Allah dengan tuhan yang lain. Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, seperti mana yang tertulis dalam ayat berikut:


“Dan, ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran kepadanya, 
‘Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar.” 


 2. Solat, mengamalkan amal makruf nahi mungkar, dan sabar apabila diuji Nasihat kedua Lukman Al Hakim kepada anaknya ialah supaya tidak lupa untuk mendirikan solat kerana solat merupakan tiang agama. Di samping sentiasa mengajak kepada kebaikan dan mencegah perkara yang mungkar. Anaknya juga diingatkan supaya sentiasa bersabar menghadapi apa sahaja ujian yang mendatang kerana Allah menguji hambanya kerana sayang dan Allah takkan menguji hambanya lebih daripada kemampuan hamba itu sendiri. Anaknya juga diingatkan supaya sentiasa bersabar menghadapi apa sahaja ujian yang mendatang kerana Allah menguji hambanya kerana sayang dan Allah takkan menguji hambanya lebih daripada kemampuan hamba itu sendiri.

 “Wahai anakku! Laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari perkara yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa-apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting.”  


3. Berbuat baik kepada ibu bapa Lokman Al Hakim juga tidak lupa untuk mengingatkan anaknya supaya sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa dan mengikut segala arahan yang diberikan selagi tidak bertentangan dengan ajaran islam.

 “Dan, Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.” 

 Menolak dengan baik arahan ibu bapa yang bertentangan dengan islam Dalam nasihat yang seterusnya, Lukman Al Hakim mengajar anaknya cara untuk menolak arahan dan permintaan ibu bapa yang melanggar syariat agama. Seperti mana yang tertulis dalam ayat berikut:

 “Dan, jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau mentaati keduanya, dan bergaullah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku. Kemudian, hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahu kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”


 5. Ibu bapa memarahi anak kerana sayang, bukannya kerana benci Lukman Al Hakim mengingatkan anak lelaki kesayangannya bahawa setiap ibu bapa di dunia memarahi anaknya kerana perasaan sayang dan inginkan yang terbaik buat anaknya, bukan kerana benci.


 “Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.” 


 6. Jangan berhutang Lokman Al Hakim berpesan kepada anaknya supaya jangan suka berhutang. Amalan berhutang sesungguhnya merupakan di antara sikap yang keji dan bertentangan dengan ajaran islam.

 “Hai anakku! Jauhkanlah dirimu dari berhutang sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina diwaktu siang dan gelisah diwaktu malam.” Sumber: Strandonthegreendental



7. Jangan sesekali berbohong Nasihat Lokman Al Hakim kepada anaknya yang seterusnya ialah peringatan supaya jangan sesekali berbohong kerana tidak bercakap benar merupakan salah satu daripada dosa besar seperti yang dinyatakan di dalam kitab suci Al-Quran.

 “Hai anakku! Engkau jauhilah bersifat dusta, sebab berdusta itu enak sekali mengerjakannya, seperti enaknya memakan daging burung, sedikit saja berdusta, akibatnya tetap akan memberi bahaya.” 


 8. Sentiasa mengingati mati Ini juga merupakan di antara pesanan penting yang ditinggalkan oleh Lukman Al Hakim kepada anaknya. Sesungguhnya mengingati mati akan membuatkan kita semakin dekat dengan Allah dan takut untuk membuat dosa.

 “Hai anakku! Kalau bertemu dua kejadian, antara menjenguk orang mati dengan menghadiri pesta kahwin maka pergilah menjenguk orang mati. Demikian kerana kita akan mengingatkan diri yang bakal pulang ke kampung akhirat, sedangkan menghadiri pesta kahwin hanya mengingati diri kepada kesenangan duniawi saja.” 


 9. Jangan sombong, angkuh dan membangga diri Di antara sifat yang perlu dielakkan semasa hidup di muka bumi ialah sifat sombong, angkuh, dan membangga diri. Ini juga termasuk dalam senarai pesanan Lukman Al Hakim kepada anaknya. Seperti firman Allah:

 “Dan, janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak akan menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.” Sumber: Aconciuosrethink


10. Allah akan membalas setiap perbuatan kita walau pun sebesar zarah Lukman Al Hakim juga mengingatkan anaknya supaya sentiasa berbuat baik dan elakkan daripada berbuat jahat kepada manusia dan binatang kerana setiap perbuatan kita di dunia akan dibalas oleh Allah walau pun ianya sekadar sebesar zarah. Firman Allah:

 “Wahai anakku! Sungguh, jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi dan berada dalam batu atau langit atau bumi, nescaya Allah akan memberinya (balasan). Sesungguhnya, Allah Maha Halus, Maha Teliti.” 



 Itulah dia 10 nasihat Lukman Al Hakim kepada anak yang boleh jadi sebagai pengajaran. Walau pun pesanan ini diberikan pada masa dahulu, namun ianya masih relevan sehingga ke hari ini. Inilah buktinya bahawa isi Al-Quran tidak lapuk dan sentiasa sesuai mengikut zaman. Jika anda sukakan perkongsian kami tentang nasihat Lukman Al Hakim ini, teruskan follow dan share.Terdapat juga resipi dan coretan seorang ayah.


Kredit : bidadari.my

KETAM GORENG TELUR MASIN

Ketam goreng telur masin..ada peminat?
πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜ŽπŸ˜ŽπŸ˜Ž





Bahan-bahan :

Ketam 1 kg (potong 2) 
Butter 
Tepung jagung 
Carrot 
Brokoli 
Telur masin 4 biji 
Bawang putih 2 labu 
Daun kari 


Cara-cara :

No 1
Rebus telur masin sehingga masak
Bila dah masak..kupas kulit dan hancurkan telur masin.. Letak tepi dulu...

No 2
Sediakan tepung jagung
Panaskan minyak
Salutkan tepung jagung dekat ketam dan goreng
Toskan ketam...letak tepi dulu (Mcm goreng celup tepung tu)

No 3
Panaskan kuali
Masukkan butter
Masukkan daun kari
Tumiskan bawang putih yg di cincang
Masukkan telur masin yg telah dihancurkan..
Gaulkan sehingga sebati...
Masukkan carrot yg dipotong
Masukkan brokoli dan gaul..
Masukkan ketam yg di goreng tadi..
Gaulkan sehingga ketam2 bersalut dgn telur masin..
Biarkan seketika dan siap... Sedia dihidangkan... πŸ˜‹πŸ˜‹




DAGING BAKAR AIRFRYER VIRAL

Hai... hari ni bro masak lg daging bakar air fryer yg viral hari tu...




 Amacam...mengancam x?🀣🀣

Bahan-bahan:

Daging 500g 
Serbuk kari daging 
Serbuk kunyit 
Garam 
Gula 
Minyak masak 


Gaulkan...

Suhu 160°c 30 minit alih tambah 10 minit πŸ˜‹




πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

DAGING BAKAR AIRFRYER



DAGING BAKAR AIRFRYER


Daging bakar air fryer...yang putih2 tu lemak yer..jgn nak membawangπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Suhu 160°c 30 minit alih tambah 10 minit

 Daging bakar :

 Daging 500g Serbuk kari daging
 Serbuk kunyit
 Garam
 Gula
 Minyak masak

Gaulkan semua ikut sesedap rasa dan perap...

Bahan-bahan utk buat sos cicah daging :
1. Kicap sotong
2. Air asam jawa
3. Perahan limau nipis
4. Gula
5. Serbuk cili
6. Bawang merah cincang halus
7. Beras goreng dan tumbuk
8. Daun ketumbar/daun sup
9. Minyak masak

 Panaskan minyak..masukkan serbuk cili.. masukkan air asam jawa..biarkan pecah minyak...masukkan bawang merah..masukkan kicap sotong...Gaulkan....last masukkan garam gula secukup rasa..tutup api..perah asam limau dan taburkan beras goreng yg ditumbuk...dan daun ketumbar...siappp..πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹





IKAN SIAKAP BUTTER SUSU BAKAR 

Hai..hari ni bro main bakar2....


IKAN SIAKAP BUTTER SUSU BAKAR

Bahan2 :

Ikan siakap saiz 1kg(belah belakang)
Butter 50g
Susu pekat
Serbuk Kunyit
Garam
Lada hitam tumbuk

Suhu oven atas bawah 180°c 30 minit Nak lagi sedap bakar atas bara api laa..hehhee Cara2 ada di setiap gambar

Sediakan ikan siakap yang dibelah belakang

Masukkan butter 50g

Masukkan susu pekat agak2 sendiri sukatan

Gaulkan

Masukkan serbuk kunyit

Gaulkan

Masukkan garam dan serbuk lada hitam

Gaulkan


Salutkan pada ikan

Masukkan dalam oven
suhu 180c selama 30 - 40 minit


Siap






IKAN CENCARU SUMBAT

Hai..hari ni bro masak untuk wife nk berbuka puasa...

Ikan cencaru sumbat bakar.😍😍😍..
guna oven....step ikut gambar.... suhu atas bawah..180°c 30 minit...kalau belum masak tambah masa sehingga masak..

Nak bakar boleh..goreng boleh... janji masak...πŸ˜‚πŸ˜‚ Selera masing2 yer..mgkin ada yg xsuka perencah ni..😎😎 nak lg sedap..masukkan belacan..


Cara2 ada di setiap gambar
Sediakan Ikan Cencaru


Tumbuk bawang merah dan cabai melaka

Masukkan perencah ikan bakar adabi



Masukkan garam dan gula
Gaulkan

Masukkan dalam ikan


Lumurkan garam kunyit pada ikan

Masukkan dalam oven
suhu atas bawah 180c selama 30-40 minit

Maaflah..dah habis bro makan dengan family


SELAMAT MENCUBA